Selasa, 4 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 170



وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ
Dan apabila dikata bagi mereka itu orang kafir
اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ
Ikut oleh kamu akan barang yang telah menurun oleh Allah daripada tauhid Allah dan menghalal makanan yang baik-baik
قَالُواْ
Kata mereka itu
بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا
Tetapi kami hendak ikut akan barang yang kami dapat atas bapa-bapa kami daripada sembah asnam (berhala) dan mengharam sawaib dan bahair sawaid unta betina dimerdeka bagi berhala bahair unta betina berair susu dimerdeka bagi berhala tiada perah air susunya
أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Adakah nyata jika ada bapa-apa mereka itu tiada mengetahui atas suatu daripada pekerjaan agama dan tiada hidayah mereka itu kepada yang hak sekalipun hendak ikut jugakah? (misalnya dengan binatang)

Al Baqarah - Ayat 169



إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء
Hanya menyuruh ia syaitan akan kamu itu dengan perbuat kajahatan dan kekejiaan pada syara’ seperti zina mencuri menyamun membunuh
وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan bahawa kamu kata atas Allah ta’ala akan barang yang tiada kamu ketahui daripada mengharam yang halal dan menghala yang haram.

Rabu, 29 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 168






يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Tafsir Nurul Ihsan :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
Hai sekelian manusia
كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً
Makan oleh kamu daripada barang yang dalam bumi itu akan yang halal lagi lazat-lazat
وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
Dan jangan kamu ikut akan segala jalan syaitan
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bahawasanya syaitan itu bagi kamu seteru yang nyata




Isnin, 27 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 167



وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka

Tafsir Nurul Ihsan :

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ
Dan berkata oleh segala orang yang mengikut

لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً
Jika bahawa boleh bagi kami itu kembali kepada dunia

فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا
Maka kami melepas diri daripada mereka itu seperti barang yang melepas diri mereka itu daripada kami hari ini 

كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ
Seperti yang demikian itulah memperlihat akan mereka itu oleh Allah Ta’ala akan segala amalan mereka itu hal keadaan rugi atas mereka itu

وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ
Dan tiada mereka itu yang menyesat dan yang kena sesat itu dengan keluar sekelian daripada neraka kemudian daripada masuknya

Al Baqarah - Ayat 166



إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Tafsir Nurul Ihsan :

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ
Ketika melepas diri oleh segala mereka kepala-kepala yang diikut daripada segala mereka yang mengikut erti ingkar mereka itu kafir yang sesat akan sesat mereka itu yang mengikut jadi sesat

وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ
Dan melihat mereka itu akan azab Allah

وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ
Dan putus dengan mereka itu oleh segala asbab perhubungan yang antara mereka itu pada dunia daripada Rahim dan mudah beri kasih / berkasih