Ahad, 26 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 165



وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

Tafsir Nurul Ihsan :

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً
Dan setengah dari manusia kafir itu mereka yang ambil daripada lain Allah ‘asnam berhala sembah perbuat tuhan.
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ
Kasih mereka itu akan asnam seperti kasih Allah dengan ta’zim dan menghina diri bagi asnaf
وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ
Dan bermula segala orang yang beriman itu setengah kasih bagi Allah Ta’ala lebih daripada kasih orang kafir bagi asnam kerana orang mu’minin tiada berpaling daripada Allah sekali-kali dan orang kafir berpaling kepada Allah pada waktu kesusahan.
وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ
Dan jika melihat oleh segala mereka yang zalim kafir
إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ
Ketika melihat mereka itu akan azab neraka
أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً
Bahawasanya kekuatan Akhirat dan kemenangan itu bagi Allah sekelian.
أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً
Dan bahawasanya Allah ta’ala sangat-sangat azab makna jika mengetahui mereka itu di dalam dunia akan bersangatan azab Allah dan bahawa kekuasaan Akhirat itu bagi Allah semata-mata waktu memandang mereka itu baginya iaitu hari kiamat nescaya tiada diambil mereka itu dariapda lain Allah di sembah perbuat tuhan.

Selasa, 21 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 164



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Tafsir Nurul Ehsan :
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
Bahawasanya pada tujuh lapis langit dan bumi dan barang yang di dalam keduanya daripada segala ajaib
وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
Dan bertukar malam dan siang dengan pergi dan datang dan lebih dan kurang
وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ
Dan perahu yang belayar dalam lautan dan tiada tenggelam
بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ
Dengan barang yang manafaat akan manusia daripada perniagaan hanya muatnya daripada makanan dan pakaian
وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا
Dan barang yang telah diturunkan Allah daripada langit daripada air hujan maka menghidup ia dengannya akan bumi dengan tumbuh-tumbuhan kemudian daripada matinya keringnya
وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ
Dan mengambur ia di dalamnya bumi daripada sekelian binatang kerana mereka itu bertambah-tambah banyak dengan banyak rumput-rumput yang jadi daripada hujan
وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ
Dan berganti-ganti agin selatan utara timur barat daya hangat dan sejuk lembut deras
وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ
Dan awan yang dijalan antara langit  dan bumi dengan suruh Allah kepada tempat yang dikehendaki Allah
لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Itu beberapa ayat dalil tanda yang menunjuk atas keadaan Allah Ta’ala esa bagi kamu yang beraqal mereka itu.


Isnin, 20 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 163


وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ
Dan bermula Tuhan kamu itu Tuhan esa tiada bandingan baginya pada zatNya dan pada sifatNya dan pada af’alNya

لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ
Tiada Tuhan yang mustahak bagi ibadah melainkan IA
الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
Ialah Tuhan yang amat murah lagi amat mengasihani dan menuntut mereka itu akan ayat dalil tanda atas keesaan Allah maka turun.

Khamis, 9 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 159



إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى
Bahawasanya segala mereka yang sembunyi mereka itu akan hukum barang yang telah kami turu daripada segala kenyataan atas pekerjaan Muhammad dan hidayah menunjuk segala hukum-hukum seperti hukum rejam dan sifat Nabi Muhammad saw

مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ
Daripada kemudian barang yang Kami nyatakan dia bagi segala manusia pada dalam kitab taurat

أُولَـئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ
Bermula mereka itu yang sembunyi itu melaknat akan mereka itu oleh Allah erti menjauh akan mereka itu daripada rahmatnya

وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ
Dan melaknat akan mereka itu oleh segala yang melaknat itu Malaikat dan segala mukminin atau tiap-tiap satu dengan doa atas mererka itu dengan laknat.