Isnin, 16 Disember 2013

Muqaddimah




الحمد لله الذي علم القرآن وخلق الانسان وعلمه البيان


Segala puji bagi Allah Tuhan yang mengajar akan Quran dan menjadi ia akan manusia mengajar ia akandia kenyataan dan selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad sollahu alaihi wasallam sohib al Quran dan rahmat Allah dan sejahteranya atas penghulu kami yang empunyai kitab Quran, dan atas keluarganya dan para sahabat dan tabiin untuk mereka diimani dan ihsan dan atas keluarganya dan sahabatnya dan segala yang mengikut bagi mereka itu dengan iman dan kebajikan.
  (أما بعد) فقد سألنى بعض الإخوان أن أكتب لهم بلغة قدح القرآن كي يفهموا امره ونهيه بالسرعان ولا يتجلجلوا في الطاعة والإيمان


adapun kemudian daripada itu maka sungguh telah pinta pada hamba oleh setengah ikhwan yang mulia-mulia bahawa hamba surat bagi mereka itu dengan bahasa melayu kedah akan Quran supaya dapat faham mereka itu akan suruhanNya dan tegahanNya dengan mudah dan tiada bergoyang-goyang hati mereka itu pada taat dan iman.
 فأجبته وإن لم أكن أهلا لذلك طلبا لرضى الرحمن وانشراحا لقلوب الاخوان


Maka hamba perkenankan dia dan jika tiada hamba ahli bagi demikian itu sekalipun, kerana menuntut keredhaan Tuhan Ar Rahman dan menyuka bagi sekala hati ikhwan.

وكان معتمدي فيه الجلالين والبيضاوي والجمال وغيرها من تفاسير القرآن


Dan adalah tempat pegangan hamba padanya itu tafsir Jalalain dan Baidhowi dan Jamal dan lain-lainnya daripada segala kitab tafsir Quran.

Al Baqarah - Ayat 147

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Ertinya : Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

TAFSIR NURUL IHSAN :
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ
Bermula yang hak itu daripada Tuhan engkau ya Muhammad, iaitu barang yang ada engkau atasnya.
فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Maka jangan ada engkau itu daripada jumlah segala orang yang ayak padanya.

Al Baqarah - Ayat 149



وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ
Dan di mana tempat engkau keluar musafir ya Muhammad maka hadap olehmu akan muka engkau pada sembahyang itu akan pihak Masjidil Haram dan bahawasanya pekerjaan ini sungguh sebenar daripada Tuhan engkau.

وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan tiada Allah ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja baik dan jahat dibalas dengansempurna.

Khamis, 12 Disember 2013

AL BAQAROH 148


 


 


وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
TAFSIRNYA :
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا
(Qiblat sekelian) Dan baki tiap-tiap umat itu tihak qiblat ia hadap akan dia mukanya pada sembahyang, maka qiblat muslimin ka’bah dan qiblat yahudi baitul maqdis dan qiblat nasara mat’lay as Syams matahari terbit.

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
Maka berlumba-lumba oleh kamu kepada kerja kebajikan dan taat

أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً
Dimana tempat ada kamu nescaya mendatang dengan kamu oleh Allah sekelian menghimpun IA akan kamu pada hari qiamat pada tempat satu maka membalas IA akan kamu dengan segala jenis amalan kamu dariapda baik dan jahat
إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Bahawasanya Allah Ta’ala atas tiap-tiap suatu itu amat kuasa tiada melemah akan dia oleh suatu.