Isnin, 3 September 2018

Al Maidah - Ayat 74 Ms 236 Baris Ke 8 Dari Bawah


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka kerana apa mereka itu tiada mahu taubat kepadaa Allah dan pinta ampun mereka itu akan dia daripada perkataan mereka itu tuhan tiga itu dan Allah Ta’al itu yang amat mengampuni bagi orang yang bertaubat jika taubat ia lagi amat Rahim ia kepada mereka itu

Al Maidah - Ayat 73 Ms 236 Baris Ke 10 Dari Atas


لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata
إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ
Bahawasa Allah itu satu daripada tiga tuhan iaitu Isa dan ibunya ini perkataan Nasturiah dan marqusiah daripada nasara
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ
Dan tiada daripada tuhan itu melainkan Tuhan yang esa
وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ
Dan jika tiada berhenti mereka itu nasara daripada barang yang mereka itu kata tuhan tiga itu
لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sungguh lagi mengena akan orang yang kafir daripada mereka itu azab yang sangat sakit neraka


Al Maidah - Ayat 72 Ms 236 Baris Paling Atas


TAFSIL KEKEJIAN NASARA
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata bahasa Allah Ta’ala ialah Masih anak Maryam ini perkataan Yaaqubiah
وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ
Dan berkata Nabi Isa hai Bani Israel sembah oleh kamu akan Allah Ta’ala Tuhan kamu aku dan Tuhan kamu ini hamba bukan aku tuhan yang seperti yang kamu kata itu
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Bahawasanya barang siapa syirik dengan Allah I’tiqad satu hamba kata Allah atau perbuatannya seperti perbuatan Allah pada menghidup memati maka sungguh telah mengharamkan Allah Ta’ala di atas bahawa masuknya akan syirik
وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ
Dan tempat kembalinya neraka
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Dan tiada bagi segala orang yang zalim dengan kufur dan syirik itu daripada pertolongan yang boleh melepas daripada azab Allah

Al Maidah - Ayat 71 Ms 235 Baris Ke 6 Dari Bawah


 وَحَسِبُوا أَلَّا تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُوا وَصَمُّوا
Dan setengah mereka itu bahawa tiada jadi fitnah di atas dusta Rasul dan bunuh itu mka buta mereka itu daripada jalan yang benar dan tuli mereka itu daripada mendengar
ثُمَّ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
Kemudian memberi taubat Allah Ta’ala atas mereka itu tatkala mereka itu bertaubat
ثُمَّ عَمُوا وَصَمُّوا كَثِيرٌ مِنْهُمْ ۚ
Kemudian buta mereka itu dan tuli mereka itu pula yang kedua kali kebanyakan daripada mereka itu
 وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat melihat dengan barang yang berbuat amal mereka itu maka membalas ia akan mereka itu dengannya

Dibentang pada 3 Sept 18 di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Rabu, 29 Ogos 2018

Ayat 70 Ms 235 Baris ke 11


PERJANJIAN
لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Sungguh telah kami ambil perjanjian bani Israel atas iman dengan Allah dan segala rasulnya
وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلًا ۖ كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُهُمْ
Dan kami suruh kepada mereka itu akan beberapa pesuruhnya satu rasul kemudian daripada stu rasul tiap-tiap kali datang akan mereka itu rsul dengan barang yang tiad ingin oleh nafsu mereka itu daripada yang benar-benar mendusta mereka itu akan dia
فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ
Satu firqah rasul mendustakan mereka itu seperti isa dan Muhammad dan satu firqah rasul lagi membunuh mereka itu seperti Zakaria dan Yahya

Al Maidah - Ayat 69 Ms 235 Baris Ke 5


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئُونَ وَالنَّصَارَىٰ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bahawasa segala orang mukminin dan segala yahudi dan segala sobiin satu firqah daripada yahudi dan segala nasara itu mereka yang beriman setengah daripada mereka itu dengan Allah Ta’ala dan hari akhirat dan beramal ia akan amal yang soleh maka tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada akhirat kerana ada iman dengan Allah dan rasul dan hari akhirat yang mewajib syurga

Ahad, 26 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 68 Ms 234 Baris Ke 4 Dari Bawah


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehmu hai Ahli Kitab yahdi nasara
لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ ۗ
Tiada kamu atas suatu daripada agama yang kebilangn hingga kamu diri akan Taurah dan Injil dengan ikut huum keduanya dan setengah daripadanya beriman dengan Aku
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۖ
Demi Allah sungguh lagi menambah akan kebaikan daripada mereka itu oleh barang yang diturun kepada engkau daripada Tuhan engkau Quran itu akan zalim dengan kufur mereka itu kerana kufur mereka itu dengannya
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maka jangan engkau dukacita atas segala kaum kafir jika mereka itu tiada beriman dengan engkau sekalipun

Al Maidah 0 Ayat 67 Ms 234 Baris 11


RASULULLAH MENYAMPAIKAN RISALAH
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ
Hai rasul aku Muhammad
بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ
Sampaikan olehmu sekelian barang yang diturunkan kepada engkau daripada Tuhan engkau dan jangan engkau sembunyi suatu kerana takut kena kejahtan kafir yahudi nasara musyrikin arab
وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ
Dan jika tiada engau perbuat persampai sekelian yang diturun
فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ
Maka tiada engkau persampai risalahnya kerana sembunyi setengah ayat seperti sembunyi kesemua
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ
Dan Allah Ta’ala itu memelihara IA akan dikau daripada kejahatan manusia adalah Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam orang jaga malam-malam hingga turun ayat ini sabdanya pergilah kamu sungguh telah pelihara akan dikau oleh Allah Ta’ala
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Bahawa Allah Ta’ala itu tiada memberi pertunjuk IA kepada segala kaum kafir kepada agama yang betul

Rabu, 15 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 66 Ms 234 Baris Ke 2


وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ
Dan jikalau mereka itu diberi akan taurat dan injil dengan ikut hukum keduanya dan barang yang diturunkan kepada mereka itu daripada segala kitab-kitab daripada Tuhan mereka itu
لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ
Nescaya memakan mereka itu daripada atas kepala mereka itu dan daripada bawah kaki mereka itu kinayah daripada banyak
مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ
Setengah daripada mereka itu jamaah yang adil ikut suruh Allah dan Rasul tiada taqsir pada amalan seperti Abdullah Ibnu Salam dan sekelian yang beriman dengan Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ
Dan kebanyakan daripada mereka itu sejahat-jahat barang yang berbuat amalan mereka itu tiada menurut hukum


Al Maidah - Ayat 65 Ms 233 Baris Ke 2 Dari Bawah


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأَدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Dan jika bahawa ahli kitab nasara yahudi itu beriman dengan Nabi Muhammad dan memeilihara mereka itu daripada jadi kafir nescaya kami ampun daripada mereka itu akan segala dosa mereka itu yang dahulu daripada beriman dan kami masukkan mereka itu ke dalam syurga yang bernama Jannah An Nai’m

Khamis, 9 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 064 Ms 233 Baris Ke 3 Dari Atas


وَقَالَتِ الْيَهُودُ
Dan berkata orang yahudi tatkala sempit rezeki mereka itu sebab mendustakan Nabi Muhammad dahulu sekaya-kaya manusia yahudi
يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ ۚ
Tangan Allah terrbelenggu dengan rantai terkengkang daripada mengeluarkan rezeki kinayah daripada bakhil tiada terbuka tangan dengan murah rezeki firmanNya
غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ
Dibelenggu tanan mereka itu daripada kerja kebajikan
وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ
Dan dilaknat mereka itu dengan sebab perkataan mereka itu
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ
Tetapi dua tangan Allah itu terbuka kedua-dua
يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
Memberi reeki IA kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada meluas rezeki dan sempit sekira-kira hikmah Allah dan muslihat hamba tiada I’tiradh atasnya
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ
Demi Allah lagi bertambah banyak daripada mereka itu yahudi kerana barang yang turun kepada engkau daripada Tuhan engkau Quran itu akan jahat dan kufur mereka itu kerana kufur mereka itu denganya
وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ
Dan kami jadikan antara mereka itu berseteru-seteru dan bermarah-marah setengah akan setengah hingga hari kiamat maka tiap-tiap satu firqah daripada dua belas firqah tiada muwafaqah dengan lainnya
كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ ۚ
Tiap-tiap kali menyala mereka itu akan api bagi perang dengn Nabi Muhammad dengan perbuat muwafaqah memadam akan dia oleh Allah Ta’ala dengan disejuk pakatan itu tiada jadi perang
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ
Dan berbuat fasiq mereka itu pada dalam bumi akan sebagai fasid dengan maksiat kepada Allah dan membinasakan harta orang
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Dan Allah Ta’ala tiada kasih IA akan segala orang yang berbuat fasad dan membinasakan orang disiksa IA (Allah) mereka itu

Al Maidah - Ayat 63 Ms 232 Baris Paling Bawah


لَوْلَا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
Kerana apa tiada menegah akan mereka itu oleh ulama’ dan tuqaha’ mereka itu daripada perkataan bohong mereka itu yang jadi dosa dan makan mereka itu akan yag haram
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada mereka itu kerja akan dia

Rabu, 8 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 62 Ms 232 Baris Ke 5 Dari Bawah


وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
Dan engkau lihat akan kebanyakan daripada mereka itu yahudi itu bersegera mereka itu pada mengejakan dosa bohong dan lainnya dan zalim dan makan mereka itu akan yang haram seperti rasuah upah hukum
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada mereka itu berbuat amalan ini

Ahad, 5 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 61 Ms 232 Baris Ke 9 Dari Bawah


وَإِذَا جَاءُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا
Dan apabila datang mereka itu akan kamu ya Muhammaad kata mereka itu aamanna telah beriman kami
وَقَدْ دَخَلُوا بِالْكُفْرِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُوا بِهِ ۚ
Dan sungguh telah masuk mereka itu kepada kamu dengan kufur dan mereka itu keluar daripada kamu pun dengannya jua tiada beriman
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا يَكْتُمُونَ
Dan Allah Ta’ala terlebih mengetahui dengan barang yang ada mereka itu sembunyikan dalam hati mereka itu

Al Maidah - Ayat 60 Ms 232 Baris Ke 8


قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ
Kata olehmu adakah aku hendak khabar akan kamu dengan orang yang terleih jahat balasan neraka pada sisi Allah Ta’ala daripada orang yang kamu ingkar adanya benci sebab beriman itu
مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ
Iaitu mereka yang telah dilaknat akan dia oleh Allah Ta’ala dan murka IA atasnya dan jadi ia daripada mereka itu kera beruk dan babi dan sembah thaghut ikut syaitan pada maksiat akan Allah mereka itu yahudi yang ambil ikan hari sabtu di mansukh budah-budak jadi kera beruk orang tua jadi babi
أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا
Bermula mereka itulah sejahat-jahat tempat kembali neraka
وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
Dan terlebih sesat daripada jalan agama yang betul

Selasa, 31 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 59 Ms 232 Baris Ke 2


KEKEJIAN YAHUDI
Dan turun tatkala berkata yahudi bagi Nabi sollahu alaihi wassallam dengan siapa tuan beriman daripada rasul maka sabdanya dengan Allah dan barang yang diturunkan kepada kami maka tatkala disebut Isa kata mereka itu tiada kami ketahui agama yang terlebih dihodoh daripada agama kamu dan tiada kami beriman dengan Isa
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehmu hai ali kitab
هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ

Tiada kamu benci daripada kami melankan sebab kami beriman dengan Allah dan barang yang diturun kepada kami dan barang yang diturunkan kepada nabi-nabi yang dahulu daripada kami sahaja bukan lain sebab
وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
Dan bahawa kebanyakan kamu itu fasiq sekelian kerana iman dengan Allah dan segala kitab Allah itu wajib dan tiada daripada jenis yang patut angkara dan benci maka orang yang tiada beriman dengan Allah dan kitab itu kafir


Al Maidah - Ayat 58 Ms 231 Baris Ke 6 Dari Bawah


 
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ
Dan apabila kamu seru kepada sembahyang dengan bang nescaya diambil mereka itu akan dia perbuat olok-olok dan bermain-main dengan gelak-gelak
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab hawa mereka itu kaum yang tiada beraqal sekelian.

Jumaat, 27 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 57 Ms 231 Baris Ke 14


TEGAH BERSETIA DENGAN ORANG KAFIR
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil segala mereka yang mengambil agama kamu perbuat olok-olok dan bermain-main daripada segala mereka yang diberi kitab dahulu daripada kamu daripada yahudi nasara dan segala kafir itu perbuat auliya’ iaitu bersetia dan bertolong-tolong dan berkasih-kasih
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada mengauliya’ akan mereka itu jika ada kamu itu beriman Sebenar-benarnya

Al Maidah - Ayat 56 Ms 231 Baris ke 9


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan barang siapa yang berwali bersetia kepada Allah dan RasulNya dan segala orang mukminin itu maka bahawasanya jamaah ikutan Allah Ta’ala mereka itulah yang menang sekelian kerana ditolong Allah akan mereka

Rabu, 25 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 55 Ms 231 Baris Ke 6


dan turun tatkala berkata Abdullah bin Salam ya Rasulallah bahawa kaum kami ditinggalkan mereka itu akan kami
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
hanya wali bersetia yang memerintah kamu itu Allah dan rasulNya dan segala orang mukminin yang mendirikan mereka itu akan sembahyang lima waktu dan mengeluar mereka itu akan zakat harta dan mereka itu khusyu’ baik hati sekelian