Ahad, 7 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 074 Ms 178

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maka hendaklah brperang orang yang ikhlas pada jalan agaa Allah akan segala mereka yang jual akan hidup dunia dengan tukar akhirat
فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maka dimati syahid akan dia dalam perang atau menang ia maka lagi kami beri akan dia akan pahl yang besar-besar di Syurga

Rabu, 3 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 073 Ms 178

وَلَئِنْ أَصَابَكُمْ فَضْلٌ مِنَ اللَّهِ
Dan jika kena kamu kurnia daripada Allah Ta’ala seperti menang dan ghanimah rampasan
لَيَقُولَنَّ كَأَنْ لَمْ تَكُنْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ
Sungguh berkata mereka itu seolah-olah tiada di antara kamu dan antara mereka itu berkasih-kasihan berkenal kenalan
يَا لَيْتَنِي كُنْتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا (٧٣)

Hai mudah-mudahan aku ada aku serta mereka itu dalam peperangan maka aku dapat kemenangan sebagai kemenangan yang besar-besar daripada ghanimah rampasan

Isnin, 1 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 072 Ms 177 - 178

وَإِنَّ مِنْكُمْ لَمَنْ لَيُبَطِّئَنَّ
Dan bahawasa setengah daripada kamu itu mereka yang berlambatan daripada perang seperti Abdullah bin Ubi al Munafiq dan segala sahabatnya pada zahir serta kamu
فَإِنْ أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ
Maka jika kena kamu oleh musibah seperti bnuh dan hazimah pecah perang
قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيَّ إِذْ لَمْ أَكُنْ مَعَهُمْ شَهِيدًا (٧٢)
Kata ia sungguh telah memberi ni’mat Allah Ta’ala atas aku kerana tiad aku hadir perang serta mereka itu tiada aku kena musibah


Selasa, 25 April 2017

An Nisa' - Ayt 071 Ms 177

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ
Hai segala mereka yang beriman ambil oleh kamu akan pliharaan kamu daripada seteru kamu dan jaga-jaga kamu baginya dan beringat
فَانْفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُوا جَمِيعًا

Maka berjalan kamu bercerai-cerai ia bermula kamu berhimpun-himpun kepada perang seteru kamu

An Nisa' - Ayat 070 Ms 177

ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ ۚ
Bermula yang demikian itu kurnia daripada Allah Ta’ala semata-mata atas mereka itu tiada dengan sebab taat mereka
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا

Dan memadalah dengan Allah Ta’ala itu Tuhan yang mengetahu dengan pahala Akhirat maka percaya kamu dengannya

Isnin, 24 April 2017

An Nisa' - Ayat 069 Ms 177

 وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ
Dan barang siapa yang taat akan Allah ta’ala dan Rasul ada junjung suruhan keduanya itu maka mereka itulah serta segala mereka yang telah diberi ni’mat Allah Ta’ala atas mereka itu daripada segala nabi-nabi dan segala orang yang benar-benar sahabat nabi yang besar besar kerana mubalaghah bersangatan mereka itu pada benar hati dan memberi nabi dan segala orang yang mati syahid dan segala orang yang soleh-soleh lain daripada sahabat
وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
Dan sabaik-baik mereka itu kawan rafiq dalam syurga dengan ambil bersedap-sedap dalam syurga dengan pandang dan ziarah dan hadir serta mereka itu dan jika ada mereka darjat yang tinggi sekalipun

Ahad, 20 November 2016

An Nisa' - Ayat 68 Ms 177

وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

Dan kami hidayah akan mereka itu akan jalan yang betul agama Islam berkata setengah sahabat bagi Nabi sollahu alaihi wasallam betapa kami lihat engkau pada dalam syurga dan engkau pada darjat yang tinggi dan kami pada bawah daripada engkau maka turun kisah yang taat 

An Nisa' - Ayat 67 Ms 177

وَإِذًا لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan keika itu kami datang akan mereka itu akan pahala yang besar-besar syurga

An Nisa' - Ayat 066 Ms 176 -177

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُمْ مَا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِنْهُمْ ۖ
Dan jika bahawa kami fardhu atas mereka itu bahawa bunuh oleh kamu akan diri kamu atau keluar kamu daripada kampong kau seperti barang yang kami fardhu atas Bani Isrel taubat dengan bunuh nescaya tiada perbuat mereka itu akan dia melainkan sedikit daripada mereka itu
وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
Dan jika mereka itu kerja barang yang diajar mereka itu dengannya daripada taat akan Allah dan rasulNya itu nescaya adalah terlebih baik bagi mereka itu dunia akhirat
وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan terlebih kuat tahqiq bagi iman mereka itu

An Nisa' - Ayat 65 Ms 176

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi Tuhan engkau Ya Muhammad tiada beriman mereka itu dengan sebenar-benar hingga tahkim mereka itu akan dikau pada barang yang berselisihan antara mereka itu kemudian tiada dapat mereka itu pada hati sempit atas syak daripada barang yang telah engkau hukum dengannya dan berserah mereka itu bagi hukum engkau semata-mata akan sebagai berserah daripada ketiadaan melintang zahir batinya

An Nisa' - Ayat 64 Ms 176

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ
Dan tiada kami suruh daripada seorang rasul itu melainkan supaya orang taat ikut akan dia pada barang yang disuruh dengannya
بِإِذْنِ اللَّهِ
Dengan izin Allah tiada bahawa derhaka dan disalahi akan dia
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

Dan jika bahawa mereka itu ketika zalim mereka itu akan diri mereka akan datang mereka itu akan dikau Ya Muhammad taubat maka minta ampun mereka itu akan Allah Ta’ala dan minta ampun bagi mereka itu oleh Rasul nescaya dapat mereka itu akan Allah Ta’ala itu Tuhan yang menerima taubat lagi kasih sayang dengan mereka itu

Selasa, 15 November 2016

An Nisa' - Ayat 63 Ms 176

 أُولَئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ
Bermula mereka itu segala mereka yang mengetahui Allah Ta’ala barang dalam hati mereka itu daripada munafiq dan dusta pada meminta uzur mereka itu
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا
Maka berpaling olehmu daripada mereka itu dan ajar akan mereka itu pertakut akan mereka itu Allah Ta’ala dan kata olehmu bagi mereka itu pada diri mereka itu akan perkataan yang memberi bekas iaitu pertakut dengan bunuh dan menghabisi dan beri ketahui hal dalam hati mereka itu daripada munafiq dan kejahatan yang mewajib bagi siksa itu tiada tersembunyi atas Allah Ta’ala

Isnin, 14 November 2016

An Nisa' - Ayat 62 Ms 176

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
Maka betapa memperbuat mereka itu apabila mengena akan mereka itu oleh musibah siksa dengan barang yang mengerja oleh dua tangan mereka itu daripada maksiat dan kufur adakah kuasa berpaling mereka itu dan lari daripadanya
ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
Kemudian datang mereka itu akan dikau bersumpah mereka itu dengan nama Allah
إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا

Tiada kami berkehendak dengan menghukum kepada lain engkau itu melainkan hendak berbuat sulhu dan buat muwafaqah sahaja bukan hukum

Selasa, 18 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 61 Ms 175

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ
Dan apabila dikata bagi mereka itu marilah kamu kepada barang yang diturunkan Allah pada Quran daripada hukum dan Rasul supaya menghukum ia
رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

Nescaya engkau lihat akan segala munafiqin itu berpaling mereka itu daripada engkau kepada lain engkau akan sebagai berpaling

An Nisa' - Ayat 60 Ms 175

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ
Tiadakah engkau lihat kepada segala mereka yang mendakwa bahawasa mereka itu beriman dengan barang yang diturunkan kepada engkau Quran dan barang yang turun daripada dahulu engkau taurah
يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ
Menghendaki mereka bahawa menghukum kepada thoghut kepala dholalah iaitu Ka’ab bin al Ashraf
وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ
Dan sungguh disuruh mereka itu bahawa kufur mereka itu dengannya dan tiada beri wilayah akan dia
وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Dan menghendaki syaitan bahawa menyesat ia akan mereeka itu akan sebagai dholalah yag jauh daripada yang hak

Isnin, 17 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 59 Ms 174 - 175

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ
Hai segala mereka yang beriman taat kamu akan Allah dengan ikut Quran dan taat kamu akan Rasul dengan ikut sunnah dan segala yang empunya pekerjaan apabila menyuruh mereka itu dengan taat Allah dan RasulNya
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
Maka jika berbantah kamu pada qias suatu maka kembali oleh kamu akan dia kepada kitab Allah dan kepada Rasul pada masa hayatnya dan kepada hadisnya kemudian daripada wafatnya
إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ
Jika ada kamu itu beriman dengan Allah Ta’ala dan hari yang akhir
ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Bermula yang demikian itu kembali kepada Allah dan Rasul itu terlebih baik bagi kamu daripada berbantah dan kata dengan fikiran dan seelok-elok kesudahan
dan turun tatkala berbantah Yahudi dan Munafiq maka menyeru munafiqin kepada Kaab bin al Asyraf supaya hukum ia antara keduanya dan menyeru yahudi kepada Nabi sollahu alaihi wasallam maka datang keduanya itu kepada Nabi maka menghukum ia bagi Yahudi maka tiada redha muafiqin dan pergi kedua kepada Umar maka sebut yahudi yang demikian itu Nabi sudah hukum ini tiada redha maka kata Umar bagi munafiqin adakah seperti itu maka jawab ia na’am maka kata Umar nanti sebentar maka masuk Umar ke dalam rumah dan ambil saif pedang keluar tetap ia dengannya akan munafiqin itu mati dan kata ia seperti itulah aku hukum antara yang tiada redha hukum Allah dan RasulNya maka turun ini ayat kata Jibril Umar memfariq antara hak dan batil

Ahad, 16 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 058 Ms 174

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Bahawasanya Allah Ta’ala itu menyuruh ia akan kamu baha kamu kembali akan segala amanah-amanah kepada ahlinya turun ini tatkala ambil Ali akan miftah ka’bah anak kunci ka’bah daripada Usman bin Tolhah al Hajabi khadam ka’ba ketika dating Nabi sollahu alaihi wasallam di Mekah amul fatah tahun dapat Mekah dan ditegah Usman akan dia dan kata ia jika aku tahu ia Rasulullah tiada aku tegah akan dia maka pulas Ali akan tangannya dan diambill ia akan miftah dan buka pintu masuk Nabi sollahu alaihi wasallam dan sembahyang ia dua rakaat maka turun ini ayat maka menyuruh Rasulullah dengan kembali keadanya dan sabda ia
هَاكَ خالِدَةْ تَاْلِدَة
Ambil ini berkekalan selama-lama ke hadapan maka ajaib ia daripada yang demikian itu maka baca Ali akan ini ayat maka Islam ia dan beri ia ketika matinya pada saudaranya Syaibah maka tinggal ia pada anak cucunya dan jika warid ini ayat pada sebab yang khas tentu maka umumnya itu dibilang dengan qarinah lafaz jama’
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ
Dan ambilkamu hukum antara manusia itu menyuruh ia bahawa kamu hukum dengan jalan yang adil
إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ
Bahawasa Allah Ta’ala itu sebaik-baik suatu mengajar ia akan kamu dengannya menunai amanah dan hukum dengan adil
إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah ia Tuhan yang amat mendengar barang yang dikata orang lagi amat melihat barang yang diperbuat orang 

Selasa, 11 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 57 Ms 173 - 174

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
Dan segala mereka beriman dengan Allah dan Rasul dan berama mereka itu akan amalan yang soleh-soleh itu agi kami masuk akan mereka itu beberapa Syurga yang mengair daripada bawah mahligainya beberapa sungai hal kekal mereka itu dalamnya selama-lamanya
لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ
Bagi mereka itu dalamnya beberapa isteri yang suci bersih daripada haid dan tiap-tiap yang luak
وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا
Dan kami masuk akan mereka itu akan bayang-bayang teduh yang seama-lama iaitu Syurga


Ahad, 9 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 56 Ms 173

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا
Bahasanya segala orang yang kafir dengan segala ayat kami itu lagi kami masukkan mereka itu ke dalam api neraka terbakar padanya
كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا
Tiap-tiap terbakar kulit mereka itu kami ganti akan mereka itu kulit yang lain satu saat seratus kali ganti dengan kembali kepada jalan yang mula belum terbakar
لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ
Supaya merasa mereka itu akan azab Allah
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Bahasanya Allah Ta’ala itu amat Mulia kekerasan tiada lemah akan Dia suatu lagi amat Haakim pada makhluqNya

An Nisa' - Ayat 55 Ms 173

فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ بِهِ
Maka setengah daripada mereka itu yahudi itu mereka yang beriman dengan Muhammad seperti Abdullah bin Salam dan sahabatnya.
وَمِنْهُمْ مَنْ صَدَّ عَنْهُ ۚ
Dan setengah daripada mereka itu mereka yang berpaling daripadanya dan tiada beriman.
وَكَفَىٰ بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا

Dan memadalah dengan neraka jahannam azab bagi yang riada beriman