Selasa, 16 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 161



وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ ۚ
Dan tiada sayugia bagi Nabi itu bahawa khianat ia pada ghanimah maka jangan kamu sangka yang demikian itu
وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
Dan barang siapa yang khianat nescaya membawa datang ia dengan barang yang ia telah khianat itu pada hari qiamat di tanggung di atas tengkuknya
ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ
Kemudian disempurna tiap-tiap seseorang yang khianat dan lainnya akan balasan barang yang ia telah usaha pada mengerjakan daripada maksiat dan taat
لَا يُظْلَمُونَ {161}
Dan mereka itu tiada dizalimi akan mereka itu suatu

Ali Imran - Ayat 160



إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ
Jika ditolong akan kamu oleh Allah Ta’ala maka tiada kalah bagi kamu
وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ
Dan jika menghinanya akan kamu seperti hari Uhud
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ {160}
Dan atas Allah Ta’ala itu jua maka hendaklah berserah oleh segala orang yang mukminin tiada atas lainnya dan turun tatkala kehilangan qathifah hamra’ kain selimut merah daripada ghanimah badar yang baik-baik maka kata setengah manusia barangkali Nabi mengambilnya.

Selasa, 5 Januari 2016

Ali Imran - Ayat 159



فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ
Maka dengan rahmat daripada Allah itu lemah lembut engkau ya Muhammad bagi mereka itu akan dikau
وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ
Dan jika ada engkau itu kasar jahat perangai keras hati nescaya berpecah mereka itu daripada keliling engkau tiada di Mekah
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ
Maka maaf olehmu daripada mereka itu dan minta ampun bagi mereka itu dan mesyuarat olehmu akan mereka itu pada satu pekerjaan engkau perang ini lainnya kerana menyuka hati mereka itu dan supaya diikut orang dengan engkau dan adalah Nabi Sollahu alaihi wasallam banyak mesyuarat bagi mereka itu
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
Maka apabila engkau sudah azam kemudian daripada mesyuarat atas melulus barang yang dikehendaki maka tawakkal olehmu atas Allah Ta’ala arti percaya dengannya tiada dengan lainya
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ {159}
Bahasanya Allah Ta’ala itu kasih akan segala orang yang bertawakkal atasnya.