Ahad, 3 Januari 2016

Ali Imran - Ayat 157



وَلَئِنْ قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَحْمَةٌ
Demi Allah jika dibunuh akan kamu pada perang sabilillah atau mati kamu itu sungguh ampunan daripada Allah Ta’ala bagi segala dosa kamu dan rahmat daripadaNya bagi kamu atas yang demikian itu
خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ {157}
Terlebih baik bagi kamu daripada barang yang kamu himpun daripada harta dunia

Khamis, 31 Disember 2015

Ali Imran - Ayat 156



 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ كَفَرُوا وَقَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ
Hai sekelian orang yang mukminin janganlah jadi kamu itu seperti segala orang yang kafir munafiq dan kata mereka itu bagi segala saudara-saudara mereka itu yang mati dalam perang
إِذَا ضَرَبُوا فِي الْأَرْضِ أَوْ كَانُوا غُزًّى
Apabila musafir mereka itu pada bumi maka mati ia atau ada mereka itu pergi perang maka dibunuh akan dia
لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا
Jika ada mereka itu di sisi kami nescaya tiada mati mereka itu dan tiada dibunuh mereka itu erti jangan kamu kata seperti perkataan mereka itu
لِيَجْعَلَ اللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
Kerana hendak menjadi Allah akan yang demikian itu sesal pada dalam hati mereka itu
وَاللَّهُ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۗ
Dan Allah ta’ala jua Tuhan yang menghidup dan yang memati jika tiada menegah daripada mati oleh duduk di rumah seperti tiada mendatangnya dengan perang
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ {156}
Dan Allah ta’ala dengan barang yang kamu beramala itu amat melihat maka membalas ia akan kamu dengannya.

Rabu, 23 Disember 2015

Ali Imran - Ayat 155




إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ
Bahawasanya segala mereka yang berpaling mereka itu lari daripada kamu daripada berperang pada hari yang berdampak dua puak peperangan di Uhud satu puak muslimin dan satu kafirin melainkan dua belas orang lelaki yang tetap sama dengan Nabi tiada hazimah mereka itu
إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا ۖ
Hanya menggelincir akan mereka itu oleh syaitan dengan waswasnya dengan sebab setengah barang yang mereka itu usaha daripada menyalahi suruh nabi dengan melarim markaz tempat perang
وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ {155}
Dan sesungguhnya telah memaaf Allah Ta’ala daripada mereka itu.