Khamis, 6 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 90



Kisah Yahudi jadi Kafir..... dan turun pada yahudi
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَنْ تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ
Bahawasanya segala orang yang kafir dengan Isa kemudian daripada iman mereka itu dengan Musah kemudian bertambah mereka itu kufur dengan Muhammad itu tiada terima taubat mereka itu apabila ghargarah sampai nyawa di halqum atau mati kafir
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الضَّالُّونَ
Dan bermula mereka mereka itulah yang sesat sekelian

Isnin, 3 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 89



 إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا
Melainkan segala mereka yang taubat mereka itu dan beramal yang soleh-soleh
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ {89}
Maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat mengampuni lagi amat kasih sayang.

Ali Imran - Ayat 88



خَالِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ {88}
Tiada diringan daripada mereka itu akan azab dan tiada mereka itu dinanti.

Ali Imran - Ayat 87



 أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ {87}
Bermula mereka itu balas mereka itu bahasa atas mereka itu laknat Allah dan Malaikat dan manusia sekelian hal keadaan kekal sekelian pada dalamnya laknat atau neraka

Ali Imran - Ayat 86



كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ {86}
Betapa menghidayah Allah akan kaum yang jadi kafir mereka itu kemudian daripada iman ereka itu dan naik saksi mereka itu bahawasa Rasul Muhammad itu sebenar dan datang akan mereka itu oleh beberapa kenyataan mukjizat atas benarya dan Allah Ta’ala tiada hidayah Ia akan kaum yang zalim dengan jadi kafir.

Ali Imran - Ayat 85



وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ {85}
Dan barang siapa tuntut lain agama Islam itu agama maka tiada diterima daripadanya dan ia pada akhirat daripada jumlah segala orang yang dapat kerugian kerana kembali mereka itu kepada neraka yang muabadah selama-lamanya.