Khamis, 7 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 45



إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ
Sebut olehmu ya Muhamad ketika berkata oleh Malaikat Jibrail
يَا مَرْيَمُ
Hai Maryam
إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
Bahasanya Allah Ta’ala menyuka akan dikau dengan kalimah daripadaNya anak namanya masih Isa anak Maryam dikhitab akan maryam dengan nisbah anak kepadanya kerana memberi jaga atas bahawasanya ia peranak akan dia dengan tiada bapa kerana adat laki-laki dinisbah kepada bapa mereka itu
وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Yang empunya kemegahan pada dunia dan akhirat dengan jadi Nabi dan syafaat dan darjat yang ‘ala (tinggi)
وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Dan daripada jumlah segala orang yang hampir dengan Allah

Isnin, 4 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 44

ذَٰلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۚ
Bermula demikaian yang tersebut itu pekerjaan Zakaria dan Mariam itu daripada khabaran yang ajaib-ajaib daripada engkau ya Muhammad Kami wahyu akan dia kepada engkau
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُونَ أَقْلَامَهُمْ أَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika melontar mereka itu akan qolam mereka itu buang undi siapa-siapa yang akan pelihara Mariam
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika berbatah mereka itu pada pelihara Mariam maka engkau ketahu dan engkau boleh berkhabar dengannya dan hanya engkau ketahui itu daripada jalan wahyu

Rabu, 29 April 2015

Ali Imran - Ayat 43



يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ
Hai Maryam taat olehmu bagi Tuhan engkau dan sujud olehmu dan ruku’ olehmu serta segala orang yang ruku’

Ali Imran - Ayat 42



وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ
Dan ketika berkata oleh Malaikat Jibrail bagi Maryam
إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ
Hai Maryam bahawasanya Allah Ta’ala telah pilih akan dikau dan telah suci Ia akan dikau daripada sentuh laki-laki dengan wati’ dan telah memilih Ia akan dikau atas perempuan sekelian alam zamannya

Khamis, 16 April 2015

Ali Imran - Ayat 41



قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً ۖ
Hai Tuhanku jadi olehMu bagiku ‘alamat atas hamil isteriku
قَالَ
Kata ia Jibrail
آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا ۗ
‘alamat engkau atasnya itu bahawa tiada engkau berkata-kata akan manusia tiga hari dengan malamnya lain daripada zikirullah melainkan isyarat sahaja
وَاذْكُرْ رَبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
Dan sebut olehmu akan Tuhan engkau akan sebutan yang banyak-banyak dan mengucap tasbih olehmu dalam sembahyang dengan petang dan pagi.