Menerbitkan semua tafsiran ayat dari kitab Tafsir Nurul Ihsan - sejak 12 Dis 2013
Isnin, 21 Mac 2016
ALI IMRAN - AYAT 181 (Muka Surat 148)
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا
Sungguhn telah dengar oleh
Allah akan perkataan segala mereka yang berkata
إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ
Bahasanya Allah Ta’ala tu faqir
dan kami kaya dan mereka itu yaudi kata mereka itu ketika turun
من ذا الذي يقرِضُ الله قرضا حسنا
Siapa yang memberi hutang akan
Allah akan sebagai hutang yang baik kata mereka itu jika ada Allah Ta’ala kaya
nescaya tiada pinta hutang akan kami.
سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ
حَقٍّ
Lagi kami surat barang yang
mereka itu kata itu pada suhuf suratan amalan mereka itu supaya dibalas atasnya
dan bunuh mereka itu akan anbiya’ dengan tiada sebenar Kami surat erti
perkataan itu dan anbiya itu disurat sama-sama surat amalan
وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ {181}
Dan Kami kata di akhirat
rasa oleh kamu akan azab pembakaran neraka apabil masuk akan dia.
ALI IMRAN - AYAT 180 (Muka Surat 148)
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ
اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ
Dan jangan kamu sangka oleh
segala mereka yang bakhil dengan barang yang datang akan mereka itu oleh Allah
Ta’ala daripada kurniaan dengan zakat itu iaitu baik bagi mereka itu.
بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ
Tetapi iaitu bakhil zakat itu
kejahatan bagi mereka itu
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
Lagi dibelit dengan lihir mereka
itu barang harta yang bakhil mereka itu dengannya zakatnya itu pada hari qiamat
dengan bahawa dijadikan dia ular pada tengkukf mematuk akan dia seperti yang
warada pada hadith
وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
Dan bagi Allah itu pesaka tujuh
petala langit dan bumi kemudian daripada fana ahli keduanya.
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ {180}
Dan Allah Ta’ala dengan barang
yang kamu berbuat amal itu amat mengetahui membalas Ia akan kamu dengannya.
ALI IMRAN - AYAT 179
مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ
عَلَيْهِ
Tiada ada Allah Ta’ala itu
bahawa meninggal Ia akan segala orang yang mukmin atas kelakuan yang ada kamu
atasnya daripada bercampur muslim dan lainnya
حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
Hingga membeza ia akan orang
yang jahat-jahat munafiq daripada yang mukmin dengan ditaklif perkerjaan yang
payah-payah dan perbuat ia yang demikian itu hari Uhud
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ
Dan tiada ada Allah itu bahawa
memberi lihat akan kamu atas perkara yang ghaib-ghaib kamu dapat kenal munafiq
daripada lainnya dahulu daripada diizinkan
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ
Dan tetapi Allah Ta’ala pilih
daripada segala rasulNya itu mereka yang dikehendaki maka memberi ketahui akan
dia ghaibnya seperti mengetahui Nabi atas hal munafiq
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ
Dan hendaklah kamu beriman
dengan Allah dan segala rasulNya
وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا
Dan jika kamu beriman dan kamu
takut akan jadi munafiq
فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ {179}
Maka bagi kamu pahala yang
sangat besar.
Langgan:
Catatan (Atom)
