Selasa, 27 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 128



Muka Surat 134 - 135
KISAH PECAH GIGI NABI
Dan turun tatkala pecah empat gigi Nabi sollahu alaihi wasallam dan luka mukanya hari Uhud dan bersabda ia betapa dapat kemenangan kaum yang melontar muka Nabi mereka itu dengan darah
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ
Tiada bagi engkau ya Muhammad daripada pekerjaan itu suatu tetapi pekerjaan itu bagi Allah semata-mata maka sabar olehmu
أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ
Hingga taubat ia atas mereka itu atau mengazab akan mereka itu
فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ {128}
Maka bahawasanya mereka itu zalim sekelian dengan kufur


حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ عَلَى أَحَدٍ أَوْ يَدْعُوَ لِأَحَدٍ قَنَتَ بَعْدَ الرُّكُوعِ فَرُبَّمَا قَالَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ يَجْهَرُ بِذَلِكَ وَكَانَ يَقُولُ فِي بَعْضِ صَلَاتِهِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا لِأَحْيَاءٍ مِنْ الْعَرَبِ حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ { لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ } الْآيَةَ
Ya Allah selamatkanlah Al Walid bin Al Walid, salamah bin Hisyam, & 'Ayyasy bin Abu Rabi'ah. Ya Allah keraskanlah hukuman-Mu atas Mudlar, & timpakanlah kepada mereka tahun-tahun paceklik sebagaimana tahun-tahun pada masa Yusuf. -beliau mengeraskan bacaan tersebut, - beliau juga membaca pada sebagian shalat yg lainnya, beliau membaca pada shalat subuh: Ya Allah, laknatlah si fulan & si fulan dari penduduk arab. Sampai akhirnya Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepada beliau: Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yg zalim (Ali Imran: 128). [HR. Bukhari No.4194

Ali Imran - Ayat 127



لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَوْ يَكْبِتَهُمْ
Kerana hendak potong ia Allah Ta’ala akan setengah daripada segala kafir dengan bunuh dan lawan atau menghina ia akan mereka itu dengan kalah perang
فَيَنْقَلِبُوا خَائِبِينَ {127}
Maka kembali mereka itu dengan sia-sia sekelian tiada dapat barang yang mereka itu qosad hanya dapat ‘aib dan rugi dengan mati tujuh puloh dan tawan tujuh puluh habis segala kepala-kepala kafir Mekah pada perang Badar.

Rabu, 21 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 126



وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ لَكُمْ
Dan tiada jadi akan dia perang Malaikat oleh Allah Ta’ala itu melainkan kerana menyuka bagi kamu
وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُمْ بِهِ ۗ
Dan supaya tetap hati kamu dengannya maka jangan engkau dukacita daripada banyak seteru dan sedikit kamu
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ {126}
Dan tiada pertolongan itu melainkan daripada Allah Ta’ala Tuhan yang amat mulia lagi amat hakim memberi akan dia mereka yang dikehendaki dan bukan dengan banyak tentera