Selasa, 23 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 72



وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ {72}
Beriman oleh kamu dengan Quran yang diturun atas orang mukminin itu pagi hari dan kufur kamu akhirnya mudah mudahan mereka itu kembali mereka itu kepada agama kamu kerana kata mereka itu tiada kembali yahudi daripada agama Muhammad kemudian daripada masuk padanya melainkan kerana ketahui mereka itu akan batilnya kerana mereka itu ada kitab dan kata mereka itu yahudi pula

Ali Imran - Ayat 71



يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ {71}
Hai ahli kitab kerana apa kamu campur akan yang benar dengan yang batil dengan ubah dan tukar sifat Nabi Muhammad dan kamu sembunyi akan yang sebenar dan kamu ketahui bahawasanya Muhammad itu sebenar nabi.

Ali Imran - Ayat 70



يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ {70}
Hai ahli kitab kerana apa kamu kufur dengan segala ayat Alah Ta’ala Quran yang melengkapi atas sifat Muhammad saw dan kamu ketahui bahawasanya ia sebenar nabi.

Ali Imran - Ayat 69



وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ
Telah bercita-cita satu toifah (kumpulan) dariapda ahli kitab bahawa menyesat mereka itu akan kamu
وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ {69}
Dan tiada sesat mereka itu melainkan diri mereka itu dan tiada sedar mereka tiu yang demikian itu

Isnin, 22 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 68



إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ
Bahawasanya yang terlebih aula manusia dengan Nabi Ibrahim itu segala mereka yang ikutan dan ini Nabi Muhammad dan segala mereka yang beriman daripada umatnya maka mereka itulah yang sayugia berkata kami atas agamanya tiada kamu
وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ {68}
Dan bermula Allah Ta’ala itu wali segala mukminin menolong dan memelihara mereka itu.

Ali Imran - Ayat 67



مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ {67}
Dan tiada Ibrahim itu Yahudi dan tiada nasrani dan tetapi ada ia hanif cenderung daripada sekelian agama kepada agama yang sebenar lagi muwahhid dan tiada ia daripada jumlah kafir musyrikin arab