Isnin, 24 November 2014

Al Baqarah - Ayat 125



وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً
Dan ketika Kami jadi akan ini baitillah مثابة tempat berulang-ulang bagi manusia daripada segala pihak bumi وأمنا dan tempat aman bagi mereka itu daripada zalim dan rampas samun yang jatuh pada lainnya
وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
Dan ambil oleh kamu daripada maqam Ibrahim itu tempat sembahyang dua raka’at sunat tawaf maqam itu tempat Nabi Ibrahim berdiri atasnya ketika bina baitillah Nabi Ismail unjuk batu.
وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
Dan telah Kami ambil janji kepada Ibrahim dan Ismail
أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Bahawa suci oleh kedua kamu akan rumah aku ini dariapda أوثان berhala bagi segala orang yang tawaf dan orang yang I’tikaf orang yang beruku’ sujud

Rabu, 19 November 2014

Al Baqarah - Ayat 271



 إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ
Jika kamu zahir akan segala sedekah itu maka sebaik-baik ia supaya diikut orang
وَإِن تُخْفُوهَا
Dan jika kamu sembunyi akan dia
وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء
Dan kamu beri akan dia segala faqir
فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ
Maka iaitu baik bagi kamu pada sedekah sunat ada pun sedekah wajib maka afdhol zahir akan dia supaya orang ikut dan tiada tohmah
وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ
Dan mengkaffarah ia daripada kamu segala kejahatan kamu
وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan Allah Ta’ala dengan barang yang kamu kerja itu mengetahui zahir dan batinnya tiada tersembunyi atas suatu.

Al Baqarah - Ayat 270



 وَمَا أَنفَقْتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُم مِّن نَّذْرٍ
Dan akan barang mana suatu yang kamu nafkah daripada nafkah zakat atau sedekah atau kamu nazar daripada suatu nazar
فَإِنَّ اللّهَ يَعْلَمُهُ ٍ
Maka bahawasanya Allah Ta’ala itu mengetahui Ia akan dia maka membalas Ia akan dia
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَار
Dan tiada bagi segala orang yang zalim itu diberi pertolongan yang menegah azabnya.

Isnin, 17 November 2014

Al Baqarah - Ayat 269



يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ
Memberi Ia akan ilmu hikmah akan mereka yang dikehendaki maknanya faham hukum Quran
وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً
Dan barang siapa yang dikurnia ilmu hikmah maka sungguh telah dikurnia akan kebajikan yang banyak kerana kembali keapda sa’adah bahgia selama-lama
وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
Dan tiada diterima pengajaran melainkan segala orang yang mempunyai aqal.

Al Baqarah - Ayat 268



الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاء
Syaitan itu mewaswas ia akan kamu kepapaan jika kamu sedekah dan menyuruh ia aka kamu dengan kejahatan bakhil dan menegah zakat dan lainnya
وَاللّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً
Dan Allah Ta’ala menjanji IA akan kamu ampunan dosa jika kamu sedekah dan kurnia ganti
وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Luas Pemberian lagi amat Mengetahu dengan yang dinafkah