Isnin, 22 September 2014

Al Baqarah - Ayat 105



مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَلاَ الْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَاللّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

TAFSIR NURUL IHSAN

مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَلاَ الْمُشْرِكِينَ
Tiada cita-cita oleh segala kafir daripada ahli kitab dan tiada segala kafir musyrikin Arab itu
أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ
Bahawa tiada diturun atas kamu itu daripada kebajikan sekali-kali
مِّن رَّبِّكُمْ
Daripada Tuhan kamu (kerana hasad dengki)
وَاللّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ
Dan bermula Allah Ta’ala itu menentukan Ia dengan rahmatNya nubuwwah akan mereka yang dekehendaki jadi nabi
وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat kurnia pemberian yang besar-besar dan tatkala to’an cerca oleh segala kafir pada mansukh (batal) hikmah kata mereka bahawa Muhammad suruh ia akan sahabatnya hari ini dengan satu pesuruhan dan tegah ia daripada esok hari turun

Al Baqarah - Ayat 104



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقُولُواْ رَاعِنَا وَقُولُواْ انظُرْنَا وَاسْمَعُوا ْوَلِلكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

TAFSIR NURU IHSAN
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala orang yang beriman
لاَ تَقُولُواْ رَاعِنَا
Jangan kamu kata bagi kami itu ro’ina raikan akan kami dan adalah mereka itu kata bagi nabi yang demikian itu dan iaitu luhgah (bahasa) yahudi (sab) maki maka suka mereka itu dengan yang demikian itu dan khitob mereka itu dengannya akan nabi maka ditegah akan segala mukmin daripadanya
وَقُولُواْ انظُرْنَا
Dan kata oleh kamu akan kami hingga kami hafaz yang engkau ajar akan kami itu
وَاسْمَعُوا ْ
Dengar oleh kamu akan dengar terima
وَلِلكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan bagi segala kafir itu azab yang amat sakit iaitu azab neraka

Al Baqarah - Ayat 247



وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ
Dan berkata bagi mereka itu oleh nabi mereka itu Syamwil
إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً
Bahasanya Allah ta’ala sungguh telah bangkit bagi kamu Tholut itu raja
قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ
Kata mereka itu betapa ada baginya raja atas kami dan kami itu terlebih mustahak dengan jadi raja daripadanya kerana Tholut itu tiada ia daripada keturunan raja-raja dan tiada keturunan nubuwwah dan adalah ia tukang samak kulit atau gembala binatang
وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ
Dan tiada diberi kelapangan daripada harta yang boleh menolong akan jadi raja
قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ
Berkata mereka itu bahasanya Allah ta’ala telah pilih akan dia atas kamu bagi jadi raja
وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ
Dan melebihi akan dia akan keluasan pada ilmu dan besar tubuh badan dan adalah Tholut itu terlebih alim Bani Israel masa itu dan cantiknya dan terlebih sempurna kejadian bani Adam
وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ
Dan bermula Allah ta’ala memberi akan rajin akan mereka yang dikehendaki tiada I’tiradh atasnya
وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah ta’ala itu Tuhan yang Amat Luas pemberianNya lagi Amat Mengetahui dengna orang yang ahli baginya.



Al Baqarah - Ayat 246



أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكاً نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

TAFSIR NURUL IHSAN
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى
Tiadakah engkau lihat ya Muhammad kepada jamaat daripada Bani Israel kemudian daripada Nabi Musa arti kisah mereka itu dan khabaran mereka itu
إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ
Ketika berkata mereka itu bagi nabi bagi mereka itu Syamwil daripada keturunan Harun
ابْعَثْ لَنَا مَلِكاً نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Dirikan oleh kamu bagi kami raja supaya kami beperang pada jalan agama Allah
قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ
Kata ia nabi adakah barang kali jika difardhukan atas kamu berperang itu bahawa tiada kamu berperang
قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا
Kata mereka itu dan apa kerana bagi kami bahawa tada kami berperang pada jalan agama Allah dan sungguh telah keluar kami daripada kampong kami dan anak-anak kami dengan tawan dan bunuh mereka itu dan sungguhn telah perbuat yang demikian itu oleh kaum Jalut arti tiada ketegahan bagi kami daripada perang serta ada sebabnya, firman Allah ta’ala.
فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ
Maka tatkala difardhukan atas mereka itu akan perang berpaling lari mereka itu melainkan sedikit daripada mereka itu iaitu segala mereka yang lalu sungai serta Tholut
وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Amat Mengetahui dengan sekelian orang yang zalim-zalim maka membalas Ia akan mereka itu maka meminta oleh nabi itu akan Tuhannya akan taruh raja maka terima ia kepada suruh tholut jadi raja