Isnin, 30 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 228



وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُواْ إِصْلاَحاً وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكُيمٌ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ
Dan bermula segala perempuan yang di talaq itu beriddah mereka itu dengan sendiri mereka itu tiga quru’ yaitu tiga kali haid daripada talaq ini hukum pada isteri yang sudah jima’ dukhul dengannya adapun yang belum dukhul maka tiada iddah atasnya dan iddah perempuan yang putus asa yang sudah berhenti daripada haid seperti umur lima puluh atau enam puluh dan perempuan yang kecil yang baru datang haid itu tiga bulan, cukup dengan iddah perempuan yang hamil bunting itu dengan beranak dan iddah hamba perempuan dengan dua quru’ dua kali haid
وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ
Dan tiada halal bagi mereka itu perempuan bahawa sembunyi mereka itu akan barang yang telah menjadikan Allah pada dalam segala Rahim mereka itu daripada anak dan haid
إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Jika ada mereka itu beriman dengan Allah dan hari yang akhir
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ
Dan segala suami mereka itu terlebih mustahak dengan kembali ruju’ mereka itu pada dalam yang demikian itu iddah
إِنْ أَرَادُواْ إِصْلاَحاً
Jika berkehendak mereka itu akan sulhu (perdamaian) antara keduanya tiada kerana mudharat perempuan, ini ayat menggemar atas suruh ruju’
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan bagi segala perempuan atas suami itu seumpama barang yang wajib atas mereka itu perempuan daripada segala huquq dengan kebaikan pada syara’ daripada elok ma’asyarah kedudukan dan tinggal mudharat isterinya dan seumpamanya difaham sunat lelaki menghiasai diri bagi isterinya seperti sunat isteri menghiasai bagi suaminya
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
Dan bagi segala lelaki atas mereka itu perempuan beberapa darjat kelebihan daripada wajib taat perempuan bagi mereka itu kerana barang yang diberi bagi mereka itu daripada mahar dan nafqah
وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكُيمٌ
Dan Allah ta’ala itu amat keras pada dalam miliknya lagi amat hakim pada yang ditadbir bagi makhluqnya.

Khamis, 26 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 227



وَإِنْ عَزَمُواْ الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

TAFSIR NURUL IHSAN
وَإِنْ عَزَمُواْ الطَّلاَقَ
Dan jika berazam mereka itu akan talaq pada dalam masa empat bulan ila’ itu maka hendaklah kamu jatuhkan akan dia talaq tiada kena kaffarah sumpah jika kamu tiada kembali wati’
فَإِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat Mendengar lagi ketahui makna tiada bagi mereka itu kemudian daripada menanti-nanti empat bulan itu melainkan wati’ atau talaq.


Rabu, 25 Jun 2014

Al Baqarah - Ayatt 226



لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

TAFSIR NURUL IHSAN
لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ
Bagi segala mereka yang bersumpah iaitu bersumpah tiada jima’ isteri mereka itu empat bulan atau lebih maka makna ila’ bersumpah lelaki tiada jima’ isterinya masa itu
تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ
Berhenti empat bulan hukum mahu menanti empat bulan manakala cukup Qodi suruh jima’ atau cerai.
فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maka jika kembali wati mereka itu dengan sendiri dalam empat bulan atau kemudiannya maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang Amat mengampuni daripada dosa memberi mudhorat perempuan dengan sumpah itu lagi amat Rahim dengannya tetapi kena kaffarah sumpah.

SEBAB AYAT INI DITURUNKAN

Ia diturunkan kerana pada zaman jahiliyyah dahulu, jika seseorang itu meminta sesuatu kepada isterinya sedang isterinya enggan pada memberikannya, maka diancamnya dengan bersumpah kepadanya tidak mahu menyetubuhinya selama setahun atau dua, sehingga menyebabkan ia terbiar dan teraniaya, seolah-olahnya tidak bersuami. 

Setelah Islam datang keadaan ini dapat diselesaikan dengan adanya hukuman yang terkandung dalam ayat ini, iaitu orang yang telah bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya, jika isterinya menuntut kepada hakim, sisuami akan diberi masa menunggu empat bulan. Bila habis tempoh itu aia tidak kembali (tidak membatalkan sumpahnya) yang diiringi kemudiannya dengan membayar kaffarah, maka hakim akan menuntu supaya menceraikan isterinya itu. Jika suami enggan, hakim berhak memberikan talak maka tercerailah isterinya.

Sekiranya suami kembali kepada isterinya dengan menyetubuhinya, maka wajiblah membayar Kaffarah al Yamin, dengan cara memilih antara tiga berikut :

(1) Memedekakan seorang hamba yang mukmin ;
(2) Memberi makan sepuluh orang miskin, banyaknya tiap-tiap seorang satu mud.
(Berdasarkan Pendapat Jumhur satu mud dalam gram lebih kurang 544 gram (dari satu sepertiga dikali 408) dan satu sha' kurang lebih adalah 2176 gram (dari 544 dikali 4) atau 2,176 kilogram.
1 litre = 1.000028 cubic decimetres , iaitu kira2 1.76 pints.)
(3) Memberi persalinan kepada mereka, sekiranya tidak dapat mengadakan salah satu dari tiga perkara ini, hendaklah ia berpuasa selama 3 hari.


Selasa, 24 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 225



لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ
Tiada mengambil akan kamu oleh Allah dengan lagha pada sumpah kamu dan barang yang tergelincir lidah dengan tiada qosad pada sumpah seimpama LA WALLAH tiada DEMI ALLAH WA BALA WALLAH sebentara Demi Allah maka tiada dosa padanya dan tiada kaffarah
وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ
Dan tetapi mengambil IA akan kamu dengan barang yang qosad oleh hati kamu apabila bersumpah
وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat mengampuni dosa kamu lagi amat Kasih saying dengan ta’khir ‘uqubah sisa orang yang mustahaqnya