Ahad, 9 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 172



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُWahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.واْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
 

TAFSIR NURUL IHSAN
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala mereka yang beriman
كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
Makan oleh kamu daripada segala yang halal-halal barang yang Kami rezeki akan kamu
وَاشْكُرُواْ لِلّهِ

Dan syukur oleh kamu bagi Allah semata-mata atas barang yang menghalal Ia bagi kamu
إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Jika ada kamu itu sembah kamu akan Dia sebenar-benarnya.

Rabu, 5 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 171



وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُواْ كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لاَ يَسْمَعُ إِلاَّ دُعَاء وَنِدَاء صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُواْ
Bermula umpama segala kafir dengan orang yang menyeru mereka itu kepada jalan agama itu
كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ
 
Seumpama gembala kambing yang panggil kambing
بِمَا لاَ يَسْمَعُ
Dengan barang yang tiada dengar
إِلاَّ دُعَاء وَنِدَاء
Melainkan seru dan panggil sahaja tiada faham maknanya arti orang kafir pada dengan pengajaran dan tiada ambil tadbir fikiran itu seperti binatang dengan suara gembalanya sahaja dan tiada faham
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ
 
Mereka itu tuli kelu buta dariapda ajaran agama
فَهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ
Maka mereka itu tiada beraqal fikiran mereka itu akan pengjaran

Selasa, 4 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 170



وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ
Dan apabila dikata bagi mereka itu orang kafir
اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ
Ikut oleh kamu akan barang yang telah menurun oleh Allah daripada tauhid Allah dan menghalal makanan yang baik-baik
قَالُواْ
Kata mereka itu
بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا
Tetapi kami hendak ikut akan barang yang kami dapat atas bapa-bapa kami daripada sembah asnam (berhala) dan mengharam sawaib dan bahair sawaid unta betina dimerdeka bagi berhala bahair unta betina berair susu dimerdeka bagi berhala tiada perah air susunya
أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Adakah nyata jika ada bapa-apa mereka itu tiada mengetahui atas suatu daripada pekerjaan agama dan tiada hidayah mereka itu kepada yang hak sekalipun hendak ikut jugakah? (misalnya dengan binatang)

Al Baqarah - Ayat 169



إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء
Hanya menyuruh ia syaitan akan kamu itu dengan perbuat kajahatan dan kekejiaan pada syara’ seperti zina mencuri menyamun membunuh
وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan bahawa kamu kata atas Allah ta’ala akan barang yang tiada kamu ketahui daripada mengharam yang halal dan menghala yang haram.

Rabu, 29 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 168






يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Tafsir Nurul Ihsan :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
Hai sekelian manusia
كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً
Makan oleh kamu daripada barang yang dalam bumi itu akan yang halal lagi lazat-lazat
وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
Dan jangan kamu ikut akan segala jalan syaitan
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bahawasanya syaitan itu bagi kamu seteru yang nyata